Tujuan saya mengadakan blog ini adalah untuk mengumpul bahan - bahan pembelajaran yang saya dapat dan diletakkan secara online supaya ianya dapat dirujuk semula pada bila - bila masa sahaja. Saya juga berhasrat berkongsi pembelajaran disini bersama - sama ahli - ahli keluarga yang lain untuk kebaikan bersama. Kandungan blog ini tidaklah hanya bertumpukan di bidang akademik sahaja. Apa - apa penulisan sama ada formal atau tidak, untuk sekolah, kolej atau untuk kegunaan seharian bolehlah dikongsikan bersama - sama diblog ini.
Blog ini juga dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan sebarang artikel yang menarik untuk kita belajar dan kongsikan bersama.
Berikut adalah senarai rujukan - rujukan yang telah disediakan di blog Mari Menimba Ilmu ini:
(1) Rujukan Bahasa Melayu
Rujukan ini mengandungi beberapa - beberapa perkasa asas untuk mempelajari Bahasa Melayu. Klik Rujukan Bahasa Melayu untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
(2) Rujukan Bahasa Inggeris
Rujukan ini mengandungi beberapa perkara asas mengenai Bahasa Ingerris. Ianya sesuai untuk mempelajari atau mengkaji kembali English Grammar. Klik Rujukan Bahasa Inggeris untuk mendalami topik ini seterusnya.
(3) Celik IT
Ruangan ini dapat memberi peluang kepada saya atau ahli - ahli keluarga yang lain berkongsi ilmu dan maklumat mengenai IT. Ruangan ini masih dalam penyelenggaran buat setakat ini.
(4) Mari Beramal
Ruangan ini disediakan untuk kita sama - sama berkongsi maklumat mengenai aspek - aspek rohaniah dan agama. Klik Mari Beramal untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi.
(5) Mari Membaca
Ruangan ini disediakan untuk berkongsi maklumat - maklumat yang telah ahli - ahli keluarga dapat dari buku - buku atau artikel - artikel. Ruangan ini masih dalam penyelenggaran buat masa ini.
(6) Mari Memasak
Ruangan ini untuk memberi peluang kepada ahli - ahli keluarga berkongsi resipi atau tips - tips masakan yang dapat dipelajari bersama - sama. Ruangan ini masih dalam penyelenggaran buat masa ini.
(7) Mari Berhibur
Ruangan ini untuk ahli - ahli keluarga berkongsi cerita atau kisah - kisah lucu atau menulis komen mengenai rancangan - rancangan TV atau filem - filem. Ruangan ini masih dalam penyelenggaran buat masa ini.
Diharap usaha - usaha begini akan dapat memberi peluang untuk kita berkongsi pengetahuan secara online di samping berpeluang untuk berinteraksi di alam Maya.
Terima kasih.
Yusni MJ
Dikemas kini pada Rabu 7hb Jan 2009 01:25 pm
Monday, January 5, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)